Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua PATI berusia antara 21 hingga 48 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di kawasan hutan dan pantai itu pukul 11.15 dan 11.45 malam dan 12.30 tengah malam tadi.

“Siasatan mendapati PATI berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan cuba untuk keluar dari negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Kesemua mereka disyaki sudah seminggu berada di kawasan hutan dan pantai itu, namun tidak dapat menyusup keluar melalui jalan laut berikutan keadaan cuaca ketika ini yang tidak baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Khiu Khon Chiang berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk siasatan lanjut di bawah Akta Immigresen 1959/63 (Pindaan 2002). - UTUSAN ONLINE