Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, dalam serbuan 9.40 malam itu, tiga orang termasuk dua wanita dipercayai penganjur dan seorang pemilik premis turut ditahan.

Menurutnya, semua yang ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah D7 Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri berusia antara 21 hingga 63 tahun.

BARANGAN dan wang tunai judi tercatat angka lumba kuda yang dirampas dalam serbuan Ops Limau di sebu

BARANGAN dan wang tunai judi tercatat angka lumba kuda yang dirampas dalam serbuan Ops Limau di sebuah kedai makan di Taman Skudai Baru, Johor Bahru. - UTUSAN ONLINE

“Dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM22,375 dipercayai hasil aktiviti perjudian.

“Turut dirampas ialah dua buah komputer riba, dua alat keluli, buku dan 38 kertas dipercayai tercatat angka judi lumba kuda tanpa lesen selain beberapa barangan yang digunakan untuk tujuan perjudian,” katanya dalam satu kenyataan di sebentar tadi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 Siasatan turut dilakukan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1954. - UTUSAN ONLINE