Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Noor Aisyah Ahmad terhadap 13 suspek yang berusia antara 25 hingga 32 tahun selepas membenarkan permohonan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.


Tempoh tahanan reman sehingga 12 Ogos itu dibenarkan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kesemua suspek dibuat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).


Terdahulu, semua suspek berpakaian lokap berwarna jingga dan ungu itu dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi diiringi anggota polis berpakaian Man In Black (MIB).


Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd., dalam satu kenyataan berkata, kesemua suspek itu ditahan susulan dua insiden pergaduhan di kawasan Mount Austin dan Taman Daya, di sini pukul 10.15 malam, 8 Julai lalu.


Kesemua suspek terdiri daripada lima ahli Kumpulan Kongsi Gelap 36, empat ahli Kumpulan 24, Kongsi Gelap 18 dua orang dan masing-masing seorang ahli Kumpulan 21 dan 04. - UTUSAN ONLINE