Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Mohd. Zulfadli Nayan berkata, proses pelupusan itu dilakukan dengan kerjasama Majlis Daerah Kota Tinggi dan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dengan kaedah membakar kesemua rokok tersebut.

"Semua rokok ini dilupuskan setelah perintah lucut hak dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Tinggi.

"Rokok ini hasil tangkapan dan rampasan Zon Maritim Tanjung Sedili pada awal tahun ini dan disiasat di bawah Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Menurut Mohd. Zulfadli, peningkatan rokok seludup di pasaran menunjukkan kemasukannya secara haram ke negeri ini terutama melalui jalan laut.

Sehubungan itu katanya, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi bagi mengekang aktiviti penyeludupan ini terutamanya di perairan Johor.

"Kita mahu membetulkan tanggapan orang ramai kononnya rokok yang dirampas diedarkan semula ke pasaran tempatan," katanya lagi. - UTUSAN ONLINE