di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, mereka yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokási itu kebanyakannya buruh berusa 20 hinģga 30 tahun.

Menurut beliau, ini adalah tangkapan terbesar sejak Januari lalu dalam operasi membanteras gejala penagihan dadah yang banyak berkait dengan kegiatan jenayah di samping meredakan kebimbangan penduduk.

“Operasi digerakkan oleh Bahagian Siasatan

Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu dengan lima pegawai dan 49 anggota.

“Kita membuat 92 serbuan dan menahan 124 orang atas pelbagai kesalahan seperti membekal 1 kes (2 tangkapan), memiliki dadah 13 kes (16 tangkapan) dan positif ujian air kencing 108 kes,” ujarnya di sini hari ini.

Dengan penangkapan mereka, beliau berharap dapat turut mengurangkan dan menyelesaikan beberapa kes pecah rumah, kecurian dan samun.

“Kita turut merampas pil kuda (20.36 gram), heroin (10.27 gram), syabu (7.83 gram), Air Ketum (100ml,) Methadone (15ml), dan 3 eramin 5

bernilai RM2,000,”ujarnya.-UTUSAN ONLINE