Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, dadah lebih 120 kilogram (kg) yang dilupuskan itu merupakan bahan bukti perbicaraan kes narkotik dari tahun 2001 hingga 2014.

Menurut beliau, dadah pelbagai jenis itu dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah telah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes terbabit tamat.

“Barang kes yang dilupuskan ini merupakan dadah yang disimpan di stor barang kes di enam daerah (Ibu Pejabat Polis Daerah) di Kuala Lumpur.

“Ia melibatkan dadah jenis heroin, ganja, methampetamine, ketamin dan pil psikotrapik,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kualiti Alam di sini hari ini.

Yang turut Pengarah Kualiti Alam Sdn. Bhd., Khalid Bahsoon. - UTUSAN ONLINE