Turut ditahan adalah seorang remaja berusia 15 tahun yang tidak lagi bersekolah serta tiga penuntut institusi pengajian tinggi manakala bakinya bekerja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, Operasi Khas Samseng Jalanan itu diadakan selepas polis menerima aduan mengenai kegiatan lumba haram di lebuh raya itu.

Menurutnya, kumpulan terbabit melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti menundukkan badan, menunggang secara bersilang serta meniarap di atas motosikal dari arah Plaza Tol Bagan Ajam sehingga ke Terminal Kontena Butterworth Utara sebelum berpatah balik.

“Remaja perempuan terbabit yang tidak lagi bersekolah bekerja sebagai pembantu kedai serbaneka manakala remaja lelaki berusia 15 tahun itu bekerja sebagai pencuci kereta.

“Mereka melakukan pelbagai aksi yang bukan sahaja membahayakan nyawa mereka tetapi juga pengguna lebuh raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, ujian air kencing ke atas kesemua yang ditahan mendapati mereka negatif dadah. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE