Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada lima anggota berpangkat Koperal, Lans Koperal (3), Sarjan (2) dan Inspektor (2).

Menurut sumber, hasil maklumat dan risikan mendapati kesemua suspek yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sekitar daerah di Sabah dipercayai telah menerima wang rasuah dari orang awam sebagai dorongan agar mereka tidak ditahan atas kesalahan menagih dan memiliki dadah.

Ujar sumber, kesemua individu terbabit dikatakan terlibat dalam kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi mengelakkan tindakan diambil terhadap kesemua suspek, wang rasuah diserahkan kepada anggota dan pegawai berkenaan melalui individu lain secara tunai dan ada juga dimasukkan ke dalam akaun peribadi mereka.

"Berikutan kegiatan yang dilakukan itu, kesemua suspek dikatakan mampu mengaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, proses permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dilakukan esok di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah. - UTUSAN ONLINE