Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 37 hingga 63 tahun.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas dua buah meja, 14 buah kerusi plastik, sehelai alas meja, sebuah bateri berjenama Magma, seunit lampu diod pemancar cahaya (LED) dan puluhan keping cip yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian.

"Turut dirampas ialah empat biji buah dadu, dua buah mangkuk masing-masing jenis jenis seramik dan plastik serta wang tunai berjumlah RM274," katanya, di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan lanjut mendapati, kawasan itu diterangi dengan bekalan elektrik buatan sendiri daripada generator tetapi tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Tambahnya, kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE