Dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu, kesemua suspek yang ditahan berusia 18 hingga 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.


Ketua Operasi, Asisten Superintenden Rozam Effandy Raslee berkata, hasil siasatan mendapati kegiatan itu beroperasi secara tertutup dengan dikawal ketat kamera litar tertutup (CCTV) serta pintu magnet.

Menurutnya, premis yang beroperasi sejak tiga bulan lalu itu turut menawarkan khidmat seks dengan harga RM160 sehingga RM550 bergantung kepada pakej yang ada.


“Premis hiburan yang berada di tingkat tiga itu menyediakan bilik mewah dengan suasana eksklusif sebagai tempat pelanggan bermanja dengan wanita pilihan. 

“Selain lapan tukang urut wanita warga Vietnam, dua lelaki tempatan merupakan pekerja dan penjaga selain seorang lelaki warga Bangladesh turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rozam Effendy memberitahu, pemeriksaan lanjut menjumpai 58 keping peket kondom selain rampasan beberapa barang lain seperti tuala, tisu basah, minyak urut serta pil perangsang.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat- Tempat Hiburan Selangor 1995.- UTUSAN ONLINE