Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun.

Katanya, ketika serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 7.30 malam itu, tiga lelaki warga tempatan merupakan pelanggan turut berada di premis yang beroperasi sejak tiga bulan lalu.

“Siasatan mendapati sindiket ini disyaki menjadikan hotel untuk kegiatan pelacuran sejak tiga bulan lalu dengan mengiklankan melalui aplikasi WeChat dan pelanggan yang berminat akan dikenakan bayaran RM180 hingga RM300 bagi setiap perkhidmatan seks.

“Kita percaya wanita-wanita ini mampu mengaut pulangan RM1,000 sehari bergantung kepada bilangan pelanggannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Khaizam, pihak polis telah merampas wang tunai RM3,315, tiub pelincir, 33 keping kondom, tuala dan tisu.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengesan dalang dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen. - UTUSAN ONLINE