Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan 58 jualan loteri haram, 13 judi siber, dua berjudi di tempat awam dan dua gelanggang sabung ayam.

Katanya, operasi dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah di Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Padawan, Kapit, Marudi, Betong, Bau, Simunjan, Sarikei, Kota Samarahan, Serian, Dalat, Saratok dan Sri Aman.

"Hasil kesemua serbuan itu, polis berjaya merampas pelbagai peralatan dan wang tunai sebanyak RM14,566 disyaki hasil aktiviti haram berkenaan.

"Sebanyak RM3,356 berjaya dirampas hasil serbuan di kedai serbaneka dan kopi yang menyediakan perkhidmatan isian semula judi, RM9,813 (loteri haram) dan RM1,397 (judi holo)," katanya dalam kenyataan di sini pagi.

Tambahnya, mereka ditahan terdiri 64 lelaki dan 36 perempuan berusia 17 hingga 72 tahun termasuk empat warga asing.

"Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1952," katanya. - UTUSAN ONLINE