Kesemua mereka yang terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan berumur antara 35 hingga 45 tahun itu dipercayai berada di motel berkenaan untuk menunggu feri sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, serbuan kira-kira pukul 4 petang itu menemukan dadah terbabit yang mencecah nilai melebihi RM150,000.

“Walau bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing terhadap ke semua suspek mendapati mereka negatif dadah dan polis percaya bekalan dadah tersebut dibawa untuk diberikan kepada sindiket di negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, kesemua suspek juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah termasuk sudah tamat tempoh dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959. - UTUSAN ONLINE