Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Jamaludin Elias bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, semua remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini kira-kira pukul 11.20 pagi dengan menaiki trak polis.

Akhbar hari ini melaporkan seramai 10 penghuni Asrama Akhlak Pokok Sena termasuk seorang warga Thailand berjaya ditahan selepas meloloskan diri dari bangunan asrama antara pukul 5.30 petang hingga 9 malam, kelmarin.

Sembilan daripada mereka ditemui bersembunyi di kawasan semak di Kampung Durian, Pokok Sena kira-kira pukul 3.30 petang semalam manakala seorang lagi penghuni berusia 17 tahun terlebih dahulu menyerah diri pada awal pagi itu. - UTUSAN ONLINE