Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

10 pegawai, anggota imigresen ditahan disyaki lindungi PATI

Jenayah

KUCHING 15 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi khas, Ops Batas telah menahan 10 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak kerana disyaki terlibat meminta suapan bagi melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Sumber memberitahu, suspek iaitu empat lelaki dan enam wanita ditahan dalam serbuan berasingan di empat lokasi di bahagian ini dan Serian hari ini.

"Kesemua mereka ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di Ibu pejabat Jabatan Imigresen Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Pejabat Imigresen Pending di sini, serta Depoh Tahanan Imigresen Serian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

SPRM melancarkan Ops Batas bermula pertengahan Februari lalu, susulan wujudnya kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan pegawai serta anggota imigresen melindungi PATI serta pekerja haram di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain