NOORZAINY MOHD. NOOR
NOORZAINY MOHD. NOOR 

Dalam serbuan Op Sarang itu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 40 tahun dan bekerja sebagai buruh manakala sebahagian lagi adalah penganggur.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah dan pada badan penagih terbabit, polis menemukan dadah disyaki syabu dengan anggaran berat 36.6 gram (g) dan heroin seberat 2.1g.

“Hasil siasatan mendapati dadah terbabit adalah untuk jualan dan dibekalkan di rumah itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM5,500.

“Kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah 1983 kerana memiliki dadah berbahaya dan memasukkan dadah ke dalam badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihak polis akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas sarang-sarang penagih dadah yang berada di daerah itu.- UTUSAN ONLINE