Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, serbuan tersebut hasil kerjasama pihaknya dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Menurutnya, dalam serbuan pertama di Kampung Simpangan, Tumpat, PDNKK Kelantan menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota KE30.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu kita berjaya merampas 80 liter minyak petrol yang disembunyikan dalam tangki tambahan.

“Sementara itu, dalam serbuan kedua di pangkalan haram Pulau Ular, kita berjaya menahan dua buah kereta sebelum merampas sebanyak 1,140 liter petrol. Dua lelaki yang merupakan pemilik kepada kenderaan tersebut turut ditahan.

 “Kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 40 tahun,” katanya ketika ditemui dalam program gotong-royong Sahabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Pak Amin, di sini hari ini.

Terdahulu, Ab. Ghani bersama kira-kira 100 penduduk dan pegawai PPDNKK Kelantan bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan tersebut. - UTUSAN ONLINE