Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata, dalam operasi kira-kira pukul 5 petang itu, sebanyak dua buah premis menjual kasut pelbagai jenama diserbu.

"Operasi yang disertai 10 pegawai penguat kuasa dijalankan berdasarkan hasil risikan. Operasi turut disertai wakil pemilik cap dagang. Kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

"Premis yang menjual kasut pelbagai jenama tiruan ini turut menjalankan aktiviti mereka secara bergerak dengan menyertai ekspo atau menyewa tapak di pasar raya sekitar negeri ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Antara kasut tiruan itu menggunakan jenama popular seperti Adidas, Nike dan Puma.

Zubir berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas bagi menghalang penjualan barang tiruan dan barangan cetak rompak melalui penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hakcipta 1987. - UTUSAN ONLINE