Tidak terkecuali bagi Firma Pengurusan, Zailan & Associates dan Kelab Motor Berkuasa Besar, DZ Bikers yang turut menggunakan kesempatan yang ada untuk meraikan pelajar tahfiz dari Sekolah Tahfiz Al-Ansar, Keramat.

Seramai 30 pelajar tersebut diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan dengan penuh meriah dengan kehadiran seramai 50 ahli kelab motor tersebut dan staf syarikat di 9Kedondong, Ampang Hilir di sini semalam.

Pengarah Urusan syarikat, Datuk Zailan Mohamed berkata, program julung kali diadakan bersama kelab motor tersebut merupakan inisiatif pihaknya dalam melakukan amal jariah di bulan Ramadan.

“Majlis buka puasa selama ini memang diadakan setiap tahun bersama staf syarikat. Namun, kali ini kita tampil kelainan dengan melibatkan kerjasama kelab motor kerana saya juga presidennya dan kita berbesar hati menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada sekolah tahfiz tersebut.

“Kita harap usaha murni ini sekurang-kurangnya mampu menceriakan anak-anak tahfiz menyambut hari lebaran nanti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden DZ Bikers, Manan Muin. -UTUSAN ONLINE