ANTHONY KONG
ANTHONY KONG 

Hidangan tradisi di malam Tahun Baharu, yee-sang yang menjadi sebahagian daripada 40 menu yang dihidangkan, Pengurus Besar Best Western I-City Shah Alam, Anthony Kong berkata, harga potongan sebanyak 35 peratus akan diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak.

"Makan besar di malam sambutan Tahun Baharu adalah adat dan tradisi kaum Cina kerana mereka akan makan malam bersama dengan keluarga.

"Oleh itu, di Best Western I-City di sini, kita hanya mengenakan bayaran sebanyak RM68 satu kepala manakala warga emas dan kanak-kanak pula mendapat potongan harga sebanyak 35 peratus," katanya kepada Utusan Online.

Beliau berkata, sebagai satu lagi tarikan pelanggan untuk menikmati sajian yang dihidangkan secara bufet, pihak pengurusan Food & Beverage (F&B) menyediakan Lucky Spin Wheel of Fortune chinese style.

MENU BEST

ANTARA menu yang disajikan di Best Western I-City Shah Alam, Selangor. - UTUSAN ONLINE

"Menyambut Tahun Baharu, kita percaya kepada nasib yang baik. Jadi, ada Lucky Spin Wheel of Fortune yang bukannya untuk menilik nasib tetapi untuk kita bersuka ria sambil menikmati makanan di malam tahun baharu," katanya.

Walaupun Best Western ialah hotel bertaraf tiga bintang, tetapi Best Western mempunyai rangkaian yang luas di seluruh negara dengan Arizona adalah ibu pejabat Best Western.

Untuk rekod, Best Western I-City ini memulakan operasi sejak tahun 2015 dan kadar penghunian atau tetamu yang memilih untuk menginap di hotel ini ialah sebanyak 60 peratus.

Dari segi pembahagian peratusan pula, 50 peratus terdiri daripada tetamu luar negara dan 50 peratus lagi, pelancong domestik.

"Di sini, kita menerima tetamu korporat yang akan menginap untuk jangka waktu yang panjang kerana ada yang menginap di hotel ini selama seminggu.

"Pelancong dari Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Korea adalah pelanggan lima terbaik kami manakala tetamu dari negara Timur Tengah akan memenuhi tempahan bilik selepas bulan Ramadan," ujarnya.

Beliau menambah, tempahan bilik pada hujung minggu akan dipenuhi dengan pelancong domestik kerana tarikan Taman Tema Air, I-City yang berdekatan dengan hotel Best Western I-City Shah Alam.

"Tetamu hanya mengambil masa lima ke 10 minit sahaja berjalan kaki untuk sampai ke Taman Tema Air. Maka itulah, tempahan bilik di hujung minggu (Sabtu dan Ahad) akan dipenuhi dengan pelancong tempatan atau domestik," jelasnya.

Kata Anthony lagi, kekuatan Best Western I-City Shah Alam untuk menarik tetamu menginap di hotel ini hospitaliti para kakitangan yang bekerja di sini.

"Apabila hotel ini menerima penginap atau pelanggan yang berkeluarga dan juga dalam kalangan ahli perniagaan atau korporat, kita amat menjaga keramahan dan kemesraan kakitangan hotel dengan tetamu.

"Hospitaliti senjata kami untuk menarik pelanggan mengulang inap di sini. Maka itulah, kami percaya, selepas bulan Mac tahun ini, apabila sebuah bangunan pusat membeli belah seperti Bangkok Sentral siap dibina dan dibuka sepenuhnya, kadar penghunian di Best Western I-City Shah Alam akan meningkat," katanya.

Jangan kecewa sekiranya cuti panjang hujung minggu ini sehingga ke cuti umum Tahun Baru Cina, tempahan bilik di Best Western I-City Shah Alam ini naik mencanak dan bagi anda yang ingin menginap di sini, silalah buat tempahan segera. - UTUSAN ONLINE