MOHD. FAZAIDI SAIDIN
MOHD. FAZAIDI SAIDIN 

Pengerusi pertandingan itu, Mohd. Fazaidi Saidin berkata, sebanyak 80 pasukan akan dipilih bagi menyertainya dengan setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM70.

Katanya, johan akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000 dan medal diikuti naib johan (RM700), ketiga (RM500), keempat (RM250) manakala tempat kelima sehingga ke lapan menerima RM80.

“Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Penghulu Mukim Simpor dengan kerjasama D ‘Omland Teluk Bayu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bukit Kecik, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Masjid Kampung Bukit Kecik.

“Tarikh tutup penyertaan dan cabutan undi akan dilakukan pada 29 April ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, sebarang pertanyaan bagi menyertai pertandingan itu boleh hubungi Sharil Hassan di talian 012-4836490 dan Sharos Shahidan di talian 017-4273169. - UTUSAN ONLINE