Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, selain itu juga, kerajaan negeri sentiasa berusaha membantu pihak masjid untuk meningkatkan lagi program-program yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

“Kita akan menilai balik semua peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada institusi-institusi masjid di negeri ini. Cuma peruntukan terus ini semua kita akan pertimbangkan berdasarkan pengimarahan masjid tu sendiri.

“Memanglah kalau kita melihat ada antara perkara-perkara yang kita lihat dalam konteks warisan, masjid lama kita pastikan sejarahnya kekal dan terpelihaa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Sambutan Pemasyhuran 100 tahun Masjid Al-Ehsan Bukit Baru yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Omar Jaafar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim dan Mufti kerajaan negeri, Datuk Abdul Halim Tawil. - UTUSAN ONLINE