MAZLAN MANSOR
MAZLAN MANSOR

Program yang dibangunkan oleh syarikat yang sudah 12 tahun bertapak di dalam industri pelancongan kini sudah mempunyai kira-kira 600 ejen yang digelar ‘affiliate’ atau rakan gabung dengan syarikat itu.

Menurut Pengarah Urusan Juara Travel & Tours Sdn. Bhd., Mazlan Mansor, kaedah yang dicipta menyasarkan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang diberi bimbingan secara berterusan di bawah program itu.

“Banyak agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan umrah mempunyai ejen dan biasanya mereka menerima komisen apabila membawa pelanggan baharu.

“Tetapi di bawah kaedah Juara Travel & Tours, kami bukan sekadar memberi komisen tetapi memberi bimbingan secara konsisten agar melahirkan seorang usahawan yang memberi faedah kepada masyarakat.

“Bukan itu sahaja, dia sebenarnya berupaya menjana pendapatan lumayan melalui kaedah usahawan ini,” katanya kepada S2.

Jelasnya, syarikat mewujudkan Jabatan Online bagi membangunkan aplikasi bagi menguruskan program affiliate tersebut.

Katanya, mereka yang berminat boleh memohon untuk menjadi ejen affiliate Juara Travel & Tours dan mereka akan dilatih di bawah program tersebut secara offline dan online.

Setelah menerima latihan, Mazlan berkata, ejen tersebut boleh mula menjalankan tugas-tugas mempromosi atau memperkenalkan pakej-pakej yang disediakan Juara Travel sama ada melalui offline atau online iaitu menggunakan laman sosial Facebook.

Secara offline, ejen yang berjaya mendapatkan pelanggan yang mahu menunaikan umrah akan menerima komisen sebanyak RM150 bagi setiap pelanggan.

Peningkatan komsen akan berlaku bergantung kepada tahap pencapaian dari semasa ke semasa.

Manakala tugas secara online pula memerlukan ejen mempromosikan pakej-pakej Juara Travel menggunakan Facebook.

“Mereka hanya perlu memuatnaik pautan pakej terbaharu yang diperkenalkan Juara Travel ke laman sosial Facebook mereka dan apabila ada rakan-rakan mereka yang klik ke pautan yang tertera, ejen ini akan mendapat mata ganjaran.

“Mata ganjaran terkumpul boleh ditukar kepada pelbagai ganjaran yang disediakan oleh syarikat,” katanya.

Tambahnya, Juara Travel & Tours tidak mahu hanya mencipta usahawan yang melihat ganjaran wang tunai sebagai motivasi untuk bekerja keras semata-mata.

“Sebaliknya, kami mahu program ini memberi latihan secara berterusan, istiqomah dan berkhidmat dengan penuh ikhlas dengan niat untuk kebaikan ummah, selain yang lebih penting, menambah pendapatan sendiri,” katanya.

Menceritakan mengenai perjuangannya di dalam industri pelancongan, Mazlan yang kini berusia 46 tahun berkata, 
jemputan ke tanah suci pada usia 34 tahun mengubah hidupnya 360 darjah.

Sekembali dari mengerjakan umrah bersama ibu saudaranya ketika itu, dia bagaikan mendapat kekuatan baharu di dalam dirinya.

Bermodalkan RM3,000, dia dan ibu saudaranya menyewa sebuah premis kecil untuk dijadikan pejabat dan di situ, dia menguruskan jemaah umrah yang mahu ke tanah suci.

Sebelum muncul sebagai usahawan agensi pelancongan, Mazlan bekerja sebagai pemandu teksi di ibu kota.

Katanya, aturan Allah itu cukup sempurna terhadap hidupnya dan kini dia melihat syarikatnya berkembang ke tahap lebih maju apabila berjaya tersenarai antara 22 buah syarikat pelancongan tempatan sebagai pengelola jemaah haji (PJH) oleh Lembaga Tabung Haji pada tahun ini.

Menurutnya, bagi ibadah haji musim ini, Juara Travel & Tours menguruskan seramai 135 jemaah.

Tambah Mazlan, apa juga kejayaan yang dikecapi tidak lengkap tanpa tulang belakangnya yang banyak menyokong kerja yang dilakukannya selama ini.

Isteri Mazlan, Rosnah Wagino yang kini bertindak sebagai Pengarah Kewangan Juara Travel & Tours, membina syarikat yang kini sudah mempunyai 120 kakitangan dan menawarkan kira-kira 20 destinasi pelancongan, selain umrah.

Syarikat ini juga sudah mempunyai 25 cawangan di seluruh negara dan bakal menambah kepada 30 menjelang tahun 2020.

Setiap tahun, jumlah jemaah umrah yang menyertai pakej Juara Travel & Tours meningkat saban tahun di mana sehingga Ogos tahun ini sahaja, sudah 10,327 orang mengikuti pakej yang ditawarkan.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej ditawarkan Juara Travel & Tours Sdn. Bhd., boleh menghubungi talian 03-92267105 atau mengunjungi laman web www.juaratravel.com.my serta laman Facebook Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. - Main Page.