Acara yang berkonsep sembang santai ini disifatkan turut mampu memberikan keyakinan serta ketrampilan diri yang lebih menarik kepada peserta program.

Ujar Pengasas Hijab Komuniti Malaysia, Za Afiza, acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 29 September ini di Bluewave Hotel, Seksyen 11, Shah Alam.

“Kerusi ditetapkan khas hanya untuk 100 orang dan jika ada pihak yang berminat, pendaftaran masih boleh dibuat.

"Yuran penyertaannya adalah RM110 sahaja dan acara akan bermula dari pukul 1 hingga 5 petang," katanya kepada E-Medpro, hari ini.

Katanya lagi, fokus utama Hi Tea Talk : Imej & Fesyen kali ini lebih terarah kepada kelompok usahawan baharu dan juga lama.

"Ini kerana imej, fesyen dan juga keusahawanan sememangnya tidak dapat dipisahkan.

"Lebih-lebih lagi untuk melariskan jualan atau berhadapan dengan pelanggan. Kesemua asas tersebut harus dimiliki," katanya.

Mengulas lanjut acara tersebut, Za Afiza memberitahu sebanyak empat segmen telah disusun atur seperti Bicara Niaga : Rahsia Aura Seri, Bicara fesyen : Feminin, Bicara Gaya : Rahsia gaya Personaliti serta Demo Hijabista.

"Peserta yang mengikuti acara ini turut berpeluang menikmati tawaran isitimewa seperti khidmat konsultasi fesyen secara peribadi.

"Misalnya, tawaran potongan harga sebanyak 50 peratus berbanding harga asal diberikan kepada peserta yang berminat untuk tampil lebih elegan," katanya.

Jika berminat, pendaftaran atau sebarang info lanjut boleh diajukan menerusi talian 011-5170 6998 (Fathima) atau 010-208 4620 (Siti). - UTUSAN ONLINE