Muhammad Arif Aryan Mohd. Kamal Arif di Taman Seri Astana di sini disahkan pihak hospital mengalami masalah saluran usus yang sempit sehingga menyukarkannya untuk membuang najis.

Ketua Bahagian Runcit Econsave Bandar Puteri Jaya, Norasyikin Abdullah berkata, beliau dimaklumkan, kanak-kanak itu juga dikesan sering kali muntah-muntah sejak dilahirkan.

"Sedih apabila melihat keadaan Muhammad Arif Aryan seperti mana dimaklumkan ibunya, Sharifah Nafika Ahmad Kamal, 27.

"Melalui sumbangan seperti ini mengandungi beras, lampin pakai buang serta makanan, sedikit sebanyak diharap bolehlah menceriakan keluarga ini," katanya semasa menyampaikan sumbangan itu melalui Program Econsave Prihatin 2019 di Taman Seri Astana, di sini.

Sementara itu, Sharifah Nafika pula ketika ditemui berkata, dia dan keluarganya bersyukur kerana menerima sumbangan dari pihak Econsave.

Menceritakan penderitaan terpaksa ditanggung anaknya itu, dia memaklumkan terpaksa mencuci usus Muhammad Arif Aryan dengan menggunakan sejenis tiub khas bagi membuang najis.

"Ini bertujuan bagi mengelak kesan sampingan selain boleh menyebabkan perut anak saya mengembung. Pernah perut anak saya kembung macam belon sebab dua hari tidak buang najis,"katanya.

Sharifah Nafika berkata, dia kini tinggal di sebuah rumah sewa dan terpaksa bergantung harap kepada pendapatannya suaminya, Mohd. Kamal Arif Kassim, 27, sebagai pembantu kedai di pekan Sungai Petani iaitu kira-kira RM1,500 sebulan.

Selain Muhammad Arif Aryan, pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Arif Arsyad, berusia dua tahun.

Bagi sesiapa yang ingin membantu, mereka boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 152050409065 atas nama Mohd. Kamal Arif. - UTUSAN ONLINE