Pegawai APM daerah, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, ular tersebut ditangkap anggotanya pada pukul 2.40 pagi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada penduduk.

“Selepas menerima panggilan, tiga anggota APM diketuai Sarjan (PA) Amran Ismail bergegas ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, didapati seekor ular sawa batik berada dalam longkang di rumah penduduk dan kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azahar berkata, ular tersebut dibawa pulang ke pejabat APM daerah untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) secepat mungkin. - UTUSAN ONLINE