Bagi Abdul Mutalib, tiga teras berkenaan perlu diwujudkan bersama untuk memastikan sesebuah program yang dilaksanakan itu berjaya.

Tegasnya, melalui aturan yang dirancang ia mampu menjurus ke arah daya kepimpinan yang lebih kredibiliti.

“Ia juga sekali gus memberikan imbak yang positif kepada masyarakat kerana pemimpin mampu berbakti menerusi kebajikan pula,” katanya kepada Utusan Online, hari ini.

Baru-baru ini, Program Tukar Minyak Hitam Percuma dan Kempen ‘Safe Ride’ yang dianjurkannya juga telah mendapat perhatian penduduk sekitar Sungai Besar.

“Terdapat tiga siri kesemuanya. Siri pertama dilakukan di Pekan Sungai Besar dan siri kedua pula berlokasi di Kampung Parit 16, Sungai Panjang.

“Syukur Alhamdulillah kerana penganjuran program berkenaan mampu memberi impak yang cukup baik kepada penduduk setempat,” katanya.

Dalam program itu, peserta bukan sahaja diberikan taklimat tentang kepentingan menunggang motosikal dengan berhemah malah seramai 300 orang berpeluang menukar minyak hitam motosikal secara percuma sepanjang siri ini berlangsung.

Abdul Mutalib Islan
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Besar, Abdul Mutalib Islan

Mengulas tentang kemelut dan kekecohan pemilihan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sungai Petani baru-baru ini, Abdul Mutalib berharap ia dapat diselesaikan dengan matang.

"Lagi pun tidak molek untuk sesama ahli untuk bercakaran antara satu sama lain. Kita sudah memasuki era yang baharu maka, fikiran dan tingkah laku yang matang perlu ditonjolkan.

"Fokus tentang masa hadapan. Kita bakal bekerja untuk siapa. Untuk rakyat yang memberi kepercayaan atau sebaliknya," katanya. - UTUSAN ONLINE