Majlis itu diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Majlis tersebut diadakan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di negeri ini yang dianjurkan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kumpulan Utusan.

Ayub dalam ucapannya berkata, guru-guru merupakan ejen kepada perubahan dan mereka perlu bijak menyesuaikan diri dengan iklim pendidikan semasa.

"Guru-guru perlu menguasai teknologi maklumat khususnya pelbagai kemudahan media sosial agar dapat berkomunikasi bersama-sama murid dan pelajar mereka," katanya.

Turut diadakan majlis penyampaian anugerah melibatkan beberapa kategori antaranya Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas, Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Anugerah Guru Inovatif.  - UTUSAN ONLINE