
26 Mei
Pemain tengah Perancis, Zinedine Zidane, bersenam ketika sesi latihan di Casablanca. Pasukan bolasepak Perancis akan bermain perlawanan pertama mereka menentang Belgium dalam satu perlawanan Piala Hassan II pada 27 Mei, sebagai persediaan kepada Piala Dunia 98.
25 Mei
Pemain Afrika Selatan, John Moshoeu (kiri) berebut bola dengan pemain Argentina, Javier Zanetti, dalam perlawanan persahabatan sempena piala dunia di Buenos Aires. Argentina menang 2-0.
23 Mei
Penyerang Perancis, Youri Djorkaeff mendada bola semasa latihan di pusat latihan Clairefontaine (Barat daya Paris) di mana pasukan Perancis bersiap sedia untuk Piala Dunia
23 Mei
Pemain England, Andy Hinchcliffe (kiri) cuba menghalang pemain Arab Saudia, Sami Al-Jaber daripada membuat tendangan gol semasa perlawanan pra-piala dunia di Wembley. Mereka seri tanpa sebarang jaringan.
23 Mei
HELSINKI, FINLAND - penjaga gol Jerman, Andreas Koepke, yang kini bermain untuk kelab Perancis Olympique Marseille, menangkap bola sewaktu latihan di kem pasukan Jerman di Helsinki.
19 Mei
Pemain Argentina, Gabriel Batistuta beraksi setelah menjaringkan gol pada minit ke 47 menentang Chile dalam perlawanan persahanatan mereka di Mendoza, Argentina. Argentina mengalahkan Chile.
19 Mei
Pemain Korea Selatan, Choi Young-Il (kanan) cuba merebut bola dari pemain Jamaica, Andrew Williams (kiri) semasa perlawanan memanaskan badan di Seoul. Perlawanan persahabatan kedua itu berakhir dengan seri.