Perniagaan lemang asli yang diusahakan oleh Allahyarham Md. Ramli Abdul Rasip atau lebih dikenal sebagai Pak Ali sejak 1984 di Hulu Kelang itu memang menjadi sebutan sejak sekian lama.

Pada waktu itu, Lemang Pak Ali pernah terjual hampir 10,000 batang dengan harga RM4 sebatang.

Lemang Pak Ali yang mendapat jolokan Lord of the Lemang, sentiasa menjadi pilihan menjelang Aidilfitri dan dianggap begitu sedap kerana kandu­ngan beras pulut, santan dan daun pisang. Lebih istimewa lemang itu dibakar menggunakan kayu api daripada pokok getah bagi melembutkan isi lemang.

Lemang asli itu yang kini diusahakan oleh pewaris keluarga Pak Ali bersama pekerja-pekerjanya itu menjadi pilihan pelanggan yang sanggup datang dari jauh kerana keenakan juadah tradisi yang disediakan itu.

Kebiasaannya, beberapa pe­kerja di gerai lemang Pak Ali sibuk memasukkan beras pulut ke dalam buluh untuk dibakar pada setiap pagi.

Mereka membakar seba­nyak 300 batang lemang sehari mengikut saiz. Ia dijual pada harga antara RM12 hingga RM20 sebatang.

Lemang asli warisan Pak Ali mendapat sambutan yang tinggi pada Hari Raya Aidilfitri dan kadang-kadang ditempah orang ramai lebih awal sebelum menyam­but hari lebaran.

Pemilik dan pekerjanya ba­gaikan tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang tidak putus-putus datang memenuhi premis perniagaan mereka sebelum lebaran.

Pewaris Pak Ali Lemang Asli, Batriah Najib, 39, berkata, gerai menjual juadah tradisi itu beroperasi setiap hari bagi meme­nuhi permintaan pelanggan yang men­dadak serta berganda berbanding hari biasa.

Menurutnya, pada setiap awal pagi mereka sudah sibuk mema­sukkan beras pulut ke dalam buluh untuk dibakar.

Rata-rata pelanggan yang ditemui berkata, kaedah pembuatan lemang secara tradisi menjadi sebab utama lemang Pak Ali terus menjadi pilihan ramai.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 Oktober 2005 dalam ruangan Di Sebalik Nama memuatkan berita “21 tahun Pak Ali bakar lemang” melaporkan kehebatan Pak Ali menghasilkan lemang yang diminati oleh pelanggannya sehingga beliau diberi julukan Raja Lemang.

Laporan itu memetik, Pak Ali yang berasal dari Alor Gajah, Melaka berkata, idea terlibat dalam perniagaan lemang timbul selepas mendapati makanan itu sukar diperoleh pada hari-hari biasa.

“Dulu memang hanya pada pada Hari Raya dan bukan semua orang pula boleh buat. Kalau nak makan, terpaksa tunggu setahun sekali. Saya pun berfikir ini mungkin boleh buat jual tambah pendapatan,” katanya.

Pelanggan Lemang Pak Ali bukan sahaja terhad ke­­pa­da ma­syarakat se­tem­pat kini na­ma­nya meniti da­ri bibir ke bibir pelanggannya di seluruh negara.

Menurut Pak Ali, saat pa­ling gembira baginya ialah dapat membakar beribu-ribu lemang dalam sehari.

“Paling banyak saya pernah bakar ialah 10,000 batang. Tetapi tidak hari-hari, cuma dekat Raya dan Hari Raya sahaja, sekarang susah sikit,” katanya.