Rosewita (isteri Keris Mas) menulis laporan tersebut bertajuk: “Natrah menangis meminta pertolongan pemberita Utusan: Saya sangat susah hati... terpaksa memakai gaun menanyakan khabar Che Aminah”.

Mazlan pula menulis di halaman utama dengan tajuk: “Soal jawab paderi Convent - Utusan Melayu. Nyonya Hertogh meradang”.

Rosewita memulakan laporan tersebut dengan pertanyaan Natrah: “Kak Buang! (nama timangan Rosewira). Di mana mak saya sekarang dan bagaimana dia...tolonglah saya Kak Buang...saya sangat susah hati tinggi sini”.

Rosewita, seterusnya me­laporkan pertemuannya de­ngan Natrah di Convent of the Good Sheperd yang terletak di Thompson Road dengan penuh emosi

Rosewita menulis: “Begitulah Natrah pagi semalam me­nyambut saya datang ke rumah Convent, rumah Roman Khatolik di Thompson Road, suaranya merayu-rayu dan tangan saya ditarik-tariknya bila dia mengeluarkan perta­nyaan-pertanyaan itu. Nama timangan saya ialah Buang.

“Natrah tersenyum dalam air mukanya yang mengan­dungi kesedihan dan berlari-lari kecil menyeru nama saya bila kami sampai di pintu convent itu. Dia datang ter­buru-buru mendapatkan saya memegang dan memeluk saya sambil menyanyakan ibu angkatnya Che Aminah dan mendesak-desak saya supaya saya memberi perkhabaran tentang diri Che Aminah.

“Dengan menyeru-nyeru dan menarik-narik tangan saya dia berkata: Kak Buang di mana mak saya sekarang dan bagaimana dia?

“Saya terdiam sejurus kerana terharu ikut sedih melihat air mukanya yang sangat sayu itu.

“Mak Minah ada di rumah Rowell Road dan dia dalam sihat”, kata saya dengan terharu.

“Saya terdiam lagi dan Natrah mendesak saya: Mengapa Kak Buang diam, cakaplah kepada saya.

“Natrah berkata lagi dengan perlahan memandang kepada kawannya: Apa boleh buat, Kak Buang, saya terpaksa memakai baju gaun ini.

“Saya tidak menyambut pertanyaan Natrah itu kerana terpandang Nyonya Hertogh sedang meradang dan merentapkan tanganya. Tetapi Natrah menarik juga tangan saya berkata: Tolonglah saya Kak Buang, saya sangat susah hati tinggal di sini”.

Menurut Fatini Yaacob, dua berita eksklusif yang berjaya di scoop oleh Mazlan dan Rosewira merupakan penyebab utama kebangkitan orang Melayu di Singapura dan Semenanjung untuk bersatu menentang penjajah Inggeris.

“Dua berita ini, tangisan Natrah banjirkan Tanah Melayu dengan air mata orang Melayu. Orang Melayu kan berjiwa lembut... air mata Natrah dan ayat-ayat yang melambangkan Natrah terseksa jiwa di gereja itu membangkitkan resah yang luar biasa kepada orang Melayu.

“Orang Melayu tambah be­ngang dengan penjajah Inggeris sebab hina Islam dan seksa jiwa Natrah di gereja,” cerita Natrah kepada Utusan.

Berita laporan Utusan Me­layu oleh Mazlan dan Rosewira menyebabkan lebih ramai orang Melayu turun ke Singapura pada 11 Disember 1950 semasa keputusan rayuan dibacakan di mahkamah.

“Pada hari itu sebaik kereta Che Aminah bergerak keluar dari kawasan mahkamah orang Melayu yang terkenal dengan lembut, baik hati dna mudah dipuji-puji bertukar menjadi harimau yang membaham musuh. Rusuhan pun bermula...

“Buat pertama kali orang Melayu yang dianggap tidak berbahaya, lemah, malas, bodoh dan miskin oleh penjajah, bangkit memberontak membantai orang putih,” cerita Natrah lagi.

“Orang Melayu tambah bengang dengan penjajah Inggeris sebab hina Islam dan seksa jiwa Natrah di gereja,”