PUTERA adalah gabungan parti yang terdiri Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Laso, Angkatan Pemuda In­­saf (API) diketuai Ahmad Boes­taman, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh, Gerakan Angkatan Muda (GE­RAM) yang diketuai oleh Abdul Aziz Ishak serta se­tia­usahanya A. Samad Ismail, Parti Nasionalis Melayu (MNP) yang diasaskan oleh Dr. Burhanuddin Helmi, Kesatuan Tani dan 80 persatuan yang kecil.

AKHBAR Utusan Melayu bertarikh 6 Oktober 1947 menyiarkan berita mengenai Perlembagaan Rakyat.
AKHBAR Utusan Melayu bertarikh 6 Oktober 1947 menyiarkan berita mengenai Perlembagaan Rakyat. 

Menurut B. Simandjuntak me­lalui bukunya Federalis­me Tanah Melayu 1945-1963 (1985), dalam bulan April 1947, PUTERA dan AMCJA melantik sebuah jawatankuasa bagi me­­rang­ka versi cada­ngan-cadangan perlembagaan mereka sendiri.

“Jawatankuasa itu mengha­silkan sebuah dokumen yang disebut “Perlembagaan Rak­yat Tanah Melayu” dikemukakan dan diterima sebulat suara da­lam dua persidangan penuh ke­dua-dua buah pertubuhan. Dokumen tersebut me­ngan­dungi ciri-ciri yang pa­tut diberikan per­hatian” (B. Simandjuntak 1985: 55).

10 asas Perlembagaan Rakyat Tanah Melayu

* Sebuah Tanah Melayu yang bersatu mengandungi Singa­pura.

* Sultan-sultan Melayu akan mengisi kedudukan sebagai Raja berdaulat dan berperlembagaan, menerima nasihat bukan daripada Penasihat British tetapi daripada rakyat menerusi institusi-institusi demokratik.

* Hak kewarganegaraan yang sama bagi semua yang men­jadikan Tanah Melayu sebagai tempat bermastautin dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi

* Hal ehwal melibatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu harus berada di bawah kuasa Melayu semata-mata.

* Perhatian khusus harus diberikan terhadap kemajuan ekonomi dan sosial orang Melayu.

* Kerajaan yang berpemerintahan sendiri dan bertanggungjawab melalui dewan unda­ngan pusat bagi seluruh Tanah Melayu mengisi jawatan menerusi pilihan raya di seluruh negara.

* Bahawa Bahasa Melayu ha­rus dijadikan bahasa rasmi negara.

* Bahawa hal ehwal luar ne­geri dan pertahanan negara menjadi tanggungjawab ber­sama kerajaan Tanah Me­layu dan kerajaan Baginda Ratu British.

* Bahawa istilah ‘Melayu’ ha­rus menjadi gelaran sebarang kewarganegaraan atau taraf nasional di Tanah Melayu.

* Bahawa bendera kebangsaan harus menerapkan war­­na-warna kebangsaan Me­­layu, iaitu warna merah dan putih Indonesia.

Hartal SeMalaya diadakan

Seperti dijangka, kerajaan British menolak Perlembagaan Rakyat Tanah Melayu yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA. British bimbang kedudukannya akan terancam di Tanah Melayu jika menerima Perlembagaan Rak­yat.

Oleh kerana British telah menutup pintu rundingan de­ngan mereka setelah Perlembagaan Persekutuan diterima oleh UMNO, Raja-raja Melayu dan Kerajaan British, maka AMCJA dan PUTERA-telah me­nganjurkan tindakan hartal pa­da 20 September 1947 yang meminta semua peniaga menutup kedai sebagai tanda bantahan terhadap Perlembagaan Persekutuan 1948.

B.Simandjuntak menyatakan bahawa 20 Oktober merupakan tarikh persidangan semula Parlimen British sengaja dipilih sebagai Hari Hartal SeMalaya oleh parti-parti Puak Kiri yang terdiri daripada Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang bergabung dengan parti-parti bukan Melayu All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) atau Majlis Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu.

Zainuddin Maidin dalam bu­­­­­k­unya Di Depan Api Di Belakang Duri: Kisah Sejarah Utusan Melayu (2013) menyatakan protes besar-besaran tanpa keganasan ini diadakan dengan hanya menutup semua premis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah, pejabat dan ladang yang bermatlamat untuk mencetuskan ketidakakuran awam sebagai tanda protes terhadap British yang tidak mengendahkan kehendak rakyat majoriti.

“Tindakan itu disokong oleh Utusan Melayu dengan mem­berikan liputan me­­luas mengenainya kerana mengang­gapnya sebagai suatu perjuangan secara aman yang menunjukkan keupayaan politik rakyat untuk mencapai de­mokrasi , keadilan sosial dan kemanusiaan.

“Walaupun hanya di Si­ngapura perniagaan terhenti te­tapi sehari selepas tindakan itu Utusan Melayu telah menyiarkan berita di muka satunya yang mendakwa Hartal berjaya,” (Zainuddin Maidin 2013: 57).

Demikianlah fahaman politik antarabangsa, khususnya Revolusi Indonesia yang telah mencairkan pendirian Utusan Melayu dari kejatian dasar asal nasiona­lisme Melayu tetapi cenderung ke­pada sosia­lisme dan komu­nisme.

“Di belakangnya ialah A, Samad Ismail yang gigih, licin, pintar dan komited dalam peranannya mempengaruhi, menjiwai dan membentuk pemikiran dan sikap wartawan-wartawan Utusan Melayu bagi meneruskan perjuangan dalam semangat Perlembagaan Rak­yat” (Zainu­ddin Maidin 2013: 63).

Kemuncaknya, British menangkap pemimpin PUTERA_AMCJA seperti Ahmad Boestamam, Abu Bakar Bakir dan Dr. Burhanuddin Helmy di bawah Undang-Undang Darurat 1948 kerana dikaitkan dengan kegiatan pengganas komunis.